·
Murid dipertontonkan dengan video klip tentang kempen
keselamatan jalan raya.
VIDEO KLIP 2
·
Guru dan murid bersoal jawab tentang klip video yang
ditonton.
1. Apakah
mesej yang cuba dikemukakan melalui video tersebut?
2. Apakah
akibatnya jika kita tidak mematuhi peraturan jalan raya?
·
Guru mengaitkan video dengan tajuk pengajaran pada
hari itu.
Langkah 1 ( 15 minit ) - Kepentingan Peraturan Jalan Raya
- Guru dan murid berbincang tentang kepentingan peraturan jalan raya.
- Memastikan kita tidak membahayakan orang lain.
- Melindungi diri daripada kecelakaan jalan raya.
- Memastikan semua pengguna jalan raya selamat
- Kemalangan jalan raya terjadi
- kita akan
dilanggar oleh kereta, bas atau lori
-
Secara berpasangan, murid dibimbing oleh guru untuk
membina peta minda yang kreatif ( peta minda )
- Pasangan dipilih secara rawak untuk membentangkan
hasil kerja masing-masing.
Langkah 2 ( 15 minit ) - Keselamatan Semasa Melintas Jalan Raya
·
Murid diperlihatkan sekali lagi dengan gambar
peraturan jalan raya.
- Murid diminta menyatakan peraturan yang berkaitan
dengan keselamatan semasa melintas jalan raya dan peraturan yang harus dipatuhi
oleh pengguna motorsikal.
- Pimpin
tangan orang dewasa semasa melintas.
-
Menggunakan laluan kuda belang ( zebra crossing ).
-
Menggunakan jejantas yang telah disediakan
Pengguna
motorsikal
- Memakai
topi kaledar
-
Mengetatkan tali topi kaledar
- Memakai
pakaian yang cerah
Langkah 3 ( 10 minit ) - Menyusun perkataan dan Membuat Ayat.

· Murid diminta menyiapkan dua tugasan yang terdapat pada lembaran kerja.
Langkah 4 (10 minit ) - Aktiviti pengayaan dan pemulihan
Aktiviti Pengayaan :
·
Murid diminta membina empat ayat majmuk menggunakan
kata hubung dan, serta, tetapi berdasarkan gambar tunggal kemudian dibentangkan kepada guru dengan menaip ayat tersebut di perisian powerpoint di dalam laptop di hadapan, kemudian ditayangkan pada paparan skrin.
Penutup ( 5 minit ) - Rumusan isi pelajaran.
- Kepentingan peraturan jalan raya


No comments:
Post a Comment